LELAKI yang perkahwinan mereka semakin kukuh walaupun sudah bertahun berkahwin mempunyai tahap kolestrol dan tekanan darah yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mempunyai perkahwinan bahagia, kata satu kajian pada Selasa yang membuktikan wujudnya kelebihan kesihatan daripada perkahwinan yang bahagia.
Penyelidik mengkaji lebih daripada 600 orang lelaki di Britain bagi menilai “kualiti” perkahwinan mereka sebanyak dua kali- apabila anak mereka berusia tiga tahun, dan sekali lagi pada usia anak mereka sembilan tahun.
Lelaki terlibat boleh mengatakan perkahwinan mereka baik, buruk, semakin baik atau semakin buruk.
Selepas 12 tahun kemudian, pasukan mengukur tahap kesihatan lelaki berkenaan.
Mereka menilai beberapa ukuran kesihatan seperti tekanan darah, degupan jantung rehat, berat badan, kolestrol dan tahap gula- punca risiko penyakit berkaitan jantung.
Lelaki yang menggambarkan perkahwinan mereka sebagai “semakin baik” mempunyai tahap kolestrol dan berat badan yang baik, lapor pasukan itu dalam Journal of Epidemiology & Community Health.
Sebaliknya, bagi lelaki yang mengatakan perkahwinan mereka “semakin buruk” dikaitkan dengan tekanan darah yang semakin buruk.
‘Perubahan dalam kualiti hubungan perkahwinan nampaknya mampu mengjangkakan risiko CVD (penyakit kardiovaskular),” kata kajian itu.
Tidak banyak perubahan bagi lelaki yang secara konsisten mengatakan perkahwinan mereka baik atau buruk tanpa perubahan.
Pengkaji memberi amaran yang kajian mereka bersifat pemerihatian dan tidak membuktikan secara konklusif yang perkahwinan baik memberi kesan kepada kesihatan yang baik.
Memandangkan lelaki yang terlibat dalam kajian ini merupakan orang muda, masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada risiko itu akan diterjemahkan kepada penyakit sebenar. – AFP, 10 Oktober, 2017.
Komen