SEORANG rakyat Palestin meninggal dunia akibat kecederaan ditembak tentera Israel dalam pertempuran di sempadan Gaza, kata kementerian kesihatan Palestin.
Badreddin Abu Musa, 25, cedera ditembak di kepala pada Jumaat dan meninggal dunia awal hari ini, kata jurucakap kementerian Ashraf al-Qudra.
Abu Musa antara ratusan penduduk Palestin yang menyertai tunjuk perasaan di sempadan Gaza-Israel.
Sekurang-kurangnya 75 penduduk Palestin cedera termasuk 42 terkena tembakan peluru hidup.
Tiada komen dikeluarkan dari pihak rejim Zionis.
Tunjuk perasaan di sempadan Gaza-Israel bermula sejak Mac lalu bagi mendesak Israel mengendurkan sekatan rejim selama 10 tahun lalu di wilayah Gaza.
Sekurang-kurangnya 306 rakyat Palestin dibunuh akibat penggunaan peluru hidup oleh tentera Israel. – AFP, 31 Ogos, 2019.
Komen