PENUNJUK perasaan Hong Kong terus bertindak ganas apabila merobohkan penghadang di luar ibu pejabat kerajaan dan melemparkan bom petrol ke arah polis.
Keganasan berterusan selama 13 minggu berturut-turut di wilayah itu ketika puluhan ribu terus turun ke jalanan bagi membantah larangan yang ditetapkan kerajaan.
Pihak keselamatan terpaksa menggunakan meriam air untuk menghentikan keganasan sekumpulan penunjuk perasaan yang bertindak melemparkan batu ke arah mereka.
Gas pemedih mata turut digunakan apabila penunjuk perasaan mengepung dan meruntuhkan penghadang di sekeliling bangunan Parlimen.
Penunjuk perasaan terpaksa berundur selepas disembur air berwarna biru yang digunakan bagi memudahkan pihak keselamatan mengesan mereka yang bertindak ganas.
Bantahan berterusan itu diadakan bagi menentang rang undang-undang ekstradisi yang menimbulkan kontroversi di wilayah itu walaupun kerajaan sudah menangguhkan rang undang-undang tersebut. – AFP, 31 Ogos, 2019.
Komen