Umno saman 3 lagi bekas ahli


Timothy Achariam

Dua minggu lalu, Umno mengambil tindakan sama terhadap Mustapa Mohamed, Hamzah Zainudin dan Ikmal Hisham Abdul Aziz, yang juga berhijrah ke Bersatu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Ogos, 2019.

UMNO menyaman tiga lagi ahli Parlimen bekas parti itu yang menyertai Bersatu, menjadikan enam bekas ahlinya yang dikenakan tindakan undang-undang.

Saman yang dikemukakan semalam, antara lain dikemukakan atas tuduhan pecah amanah, melanggar kontrak, pengkayaan secara tidak wajar dan juga atas kepentingan parti.

Tiga bekas Umno yang disaman itu adalah Latiff Ahmad (Mersing), Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Rosol Wahid (Hulu Terengganu).

Bekas Peguam Negara Apandi Ali yang mewakili Umno untuk saman itu, berkata kepada The Malaysian Insight bahawa writ saman difailkan di Mahkamah Tinggi di Johor Bahru, Shah Alam dan Kuala Terengganu.

Tindakan terhadap ketiga-tiga bekas ahli parti itu dikemukakan oleh setiausaha eksekutif Umno Mohd Sumali Reduan bagi pihak parti dan Barisan Nasional (BN).

“Tindakan yang dibuat oleh Umno dan BN atas tuduhan pecah amanah, melanggar kontrak, pengkayaan secara tidak wajar dan juga atas kepentingan parti,” kata Apandi.

Saman itu bertujuan mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa defenda telah pecah amanah dan pengkayaan secara tidak wajar.

Dua minggu lalu, Umno mengambil tindakan sama terhadap Mustapa Mohamed, Hamzah Zainudin dan Ikmal Hisham Abdul Aziz, yang juga berhijrah ke Bersatu.

Kesemua enam mereka meninggalkan Umno pada akhir tahun lepas dan secara rasmi menyertai Bersatu awal tahun ini. – 31 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen