HAMPIR dua juta penduduk di timur laut India berisiko kehilangan taraf warganegara selepas kerajaan negeri Assam akan menyiarkan senarai rakyat untuk mengusir pendatang asing tanpa izin.
Langkah itu akan digunakan oleh kerajaan pusat untuk memastikan senarai penduduk dikeluarkan di seluruh negara.
Sejumlah 31.1 juta penduduk disenaraikan dalam program Pendaftaran Rakyat Nasional (NRC), tetapi 1.9 juta didapati tidak layak mendapat kerakyatan, kata kerajaan Assam.
Jumlah yang tidak layak itu kebanyakannya penduduk beragama Islam.
Selama puluhan tahun, Assam bergolak akibat perbalahan kaum dan etnik, sekali gus membuatkan kerajaan negeri mencari jalan terakhir menyelesaikan masalah itu.
Antara krisis yang pernah berlaku termasuk pembunuhan beramai-ramai pada 1983 yang menyaksikan hampir 2,000 terbunuh.
Tahap keselamatan ditingkatkan di Assam menjelang pengumuman senarai program NRC dengan kira-kira 20,000 anggota keselamatan tambahan dikeran berkawal di lokasi tertentu. – AFP, 31 Ogos, 2019.
Komen