Polis Boston pertingkat kawalan keselamatan di himpunan anti LGBT 


Gerakan LGBT berdepan tentangan besar dari kumpulan ketuanan kulit putih di Amerika Syarikat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Ogos, 2019.

POLIS Boston bersiap sedia untuk kemungkinan berlakunya pertembungan di antara para penunjuk perasaan “Straight Pride Parade”, sebuah himpunan anti LGBT yang menyokong Presiden Donald Trump, dan para penunjuk perasaan yang menuduhnya sebagai homofobia dan pelampau.

Kumpulan yang memanggil dirinya Super Happy Fun America telah menganjurkan perarakan kontroversia sebagai tindak balas kepada himpunan gay popular yang diadakan di bandar-bandar Amerika Syarikat setiap tahun.

Pengkritik mengatakan penganjur adalah pelampau ketuanan kulit putih yang mahu memprovokasi anggota komuniti LGBT di salah satu bandar paling liberal di Amerika.

“Tidak ada perkauman dalam kumpulan kami, anda perlu datang ke salah satu daripada mesyuarat kami: ia seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,” kata ketua tunjuk perasaan John Hugo kepada AFP bagi mempertahankan perarakan tersebut.

Demonstrasi itu tampil ketika ketegangan meruncing di antara golongan kiri dan nasionalis kulit putih di Amerika Syarikat.

Dua minggu lalu, perhimpunan oleh penunjuk perasaan anti-fasis di bandar Portland diluluskan tanpa insiden besar dengan kawalan polis yang ramai.

Laman web Super Happy Fun America mengatakan perarakan hari Sabtu adalah untuk “menyebarkan kesedaran tentang isu-isu yang memberi kesan kepada golongan anti LGBT” di samping turut menggambarkan heteroseksual sebagai “majoriti tertindas” di Massachusetts, negeri Amerika pertama yang membenarkan perkahwinan sejenis. – AFP, 31 Ogos, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen