TUNJUK perasaan dijangka akan dilancarkan warga Britain pada Sabtu bagi menentang langkah Perdana Menteri Boris Johnson untuk menggantung parlimen pada minggu-minggu akhir sebelum Brexit.
Tunjuk perasaan diumumkan menjelang minggu yang menyaksikan pertentangan politik sengit di mana pembangkang pentadbiran Johnson akan berusaha menghalang rancangan beliau dengan membawanya ke mahkamah di samping menyusun rang undang-undang bagi melawan rancangan untuk negara itu keluar daripada Kesatuan Eropah.
Penganjur berkata mereka berharap ratusan ribu orang akan mengambil bahagian dalam demonstrasi tersebut yang dianjurkan dengan menggunakan slogan #StopTheCoup.
“Gangguan adalah satu-satunya bentuk cara untuk mereka yang membantahnya boleh lakukan,” kata Michael Chessum, penganjur untuk kumpulan kempen Another Europe Is Possible.
“Proses ini perlu memaksa kerajaan mengubah hala tujunya,” katanya.
Kumpulan sayap kiri, Momentum, yang mendukung parti pembangkang utama, Parti Labour, menyeru penyokongnya untuk “memenuhi jambatan dan menghalang jalan raya”.
Himpunan utama pada Sabtu itu dijangka dimulakan di luar pejabat Downing Street Johnson di London dan akan dikembangkan di lebih 30 bandarlain. – AFP, 31 Ogos, 2019.
Komen