PADA tahun selepas Malaya mencapai kemerdekaan dari British pada 1957, ramai belia Cina bersemangat menyertai angkatan bersenjata.
Pada masa itu mendapat kerja yang baik dengan kerajaan bermakna menjadi guru, jururawat atau seorang askar.
Sebilangan kecil daripada mereka menyangka berkhidmat dalam tentera bermaksud bercuti dan menyambut perayaan jauh daripada keluarga, memerangi komunis semasa Darurat Tanah Melayu dan berkhidmat ketika sambutan Hari Merdeka.
Sebahagian daripada mereka juga membawa pasukan ke negara lain untuk menyertai latihan ketenteraan atau melakukan kerja perisikan untuk membantu kerajaan.
Kesemua semua terpaksa mengorbankan waktu tidur, berpisah dengan orang tersayang dan menumpahkan darah demi memastikan negara selamat.
Kini pada abad ke-21, Malaysia sudah mencapai keamanan tetapi hubungan kaum dilihat semakin memburuk dan ketegangan meningkat dengan cara yang tidak pernah mereka rasakan pada masa lalu.
Dengan beberapa pihak mempersoalkan kesetiaan masyarakat Cina untuk perbatasan politik, veteran Cina merasakan perayaan Hari Merdeka sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah meninggalkan kenangan pahit.
The Malaysian Insight bercakap dengan empat veteran Cina mengenai apa makna Hari Kemerdekaan Ke-62 terhadap mereka.
Lt Cdr (R) Phua Hean Sim, 67
“Hari Merdeka sepatutnya jadi satu hari refleksi yang mendalam, bagaimana pelbagai kaum bekerja keras untuk mencapai kemerdekaan.
“Dalam tentera tidak ada ‘bangsa’ untuk melindungi negara; setiap askar adalah sebahagian daripada keluarga yang sama. Tetapi sekarang politik telah membahagikan kita, malah tentera kini dibahagikan mengikut garis perkauman,” katanya yang menjadi tentera laut pada 1972.
Phua berkata, ia sentiasa menyakitkan apabila sesetengah pihak mempersoalkan kesetiaan orang Cina Malaysia atau memanggil dengan panggilan “pendatang”.
“Saya dan kawan-kawan daripada semua kaum telah menjalani latihan bersama, makan bersama dan tidur bersama. Ini memberikan semangat kuat dan semangat berpasukan.
“Saya sekarang dah tua, dan saya tak ada rumah lain untuk setia selain Malaysia,” katanya. – 31 Ogos, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen