TWITTER semalam memberitahu akaun ketua eksekutifnya Jack Dorsey telah digodam selepas mengeluarkan beberapa kenyataan kurang menyenangkan sebelum ia dipadam.
Kenyataan mengandungi serangan perkauman dan cadangan mengenai bom dimuat naik menerusi akaun @jack sebelum ia dipadamkan.
Beberapa tweet mengandungi tanda pagar #ChucklingSquad yang dipercayai menunjukkan identiti kumpulan penggodam.
Kumpulan itu juga dikatakan turut terlibat menggodam beberapa akaun Twitter selebriti YouTube sebelum ini.
Mesej-mesej itu mengandungi gelaran kaum termasuk mesej menyokong Nazi Jerman.
“Kami sedar @Jack digodam dan akan melakukan siasatan apa yang berlaku,” tulis pasukan komunikasi Twitter. – 31 Ogos, 2019.
Komen