SEORANG wanita Colorado menyaman bandar Denver kerana menyebabkan “keganasan, kesakitan dan penghinaan yang tidak perlu” selepas dia dibiarkan bersendirian dalam sel penjara ketika melahirkan anak.
Rakaman video menunjukkan Diana Sanchez yang kini berusia 27 tahun melahirkan anak pada 31 Julai 2018.
Walaupun dia sudah memberitahu kakitangan penjara untuk mendapatkan bantuan, namun tiada pengawal atau kakitangan perubatan memasuki selnya sehingga dia selamat bersalin.
“Apa yang sepatutnya menjadi hari paling bahagia dalam hidupnya tetapi bertukar menjadi hari menyakitkan yang menyebabkan dia trauma,” kata peguam Sanchez Mari Newman dalam satu aduan yang difailkan pada Rabu.
Saman itu mendakwa bandar dan daerah Denver, Pusat Perubatan Kesihatan Denver dan enam timbalan menteri serta jururawat sheriff kerana “gagal memenuhi kewajipan undang-undang dan moral mereka”.
Senator Amerika Syarikat (AS) Kamal Harris, seorang calon untuk pencalonan presiden 2020 telah mempertimbangkan isu itu dan menulis; “rawatan tidak berperikemanusiaan terhadap wanita hamil tidak boleh diabaikan”.
Sanchez telah ditangkap atas dakwaan penipuan identiti pada 14 Julai 2018 dan sedang menunggu untuk perbicaraan. Mengikut aduan itu, dia sedang mengandung lapan bulan ketika ditangkap. –AFP, 31 Ogos, 2019.
Komen