Chong Wei dipuji kerana beri inspirasi


Bekas jaguh badminton negara Lee Chong Wei sedih melihat perbalahan rakyat Malaysia di media sosial berkenaan isu perkauman. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Ogos, 2019.

BEKAS jaguh badminton negara Lee Chong Wei mendapat pujian daripada pengguna media sosial kerana memberi inspirasi dan meluahkan isi hatinya sempena Hari Kebangsaan.

Di Facebook hari ini, Lee berkata beliau sedih apabila melihat rakyat Malaysia saling berbalah di media sosial berkenaan isu perkauman yang hangat ketika ini.

“Jangan biarkan isu-isu kecil seperti Dong Zong atau khat memecahbelahkan kita. Jangan biarkan sebahagian kecil yang menyebarkan kebencian kaum menewaskan kita.

“Jangan biarkan orang tidak sensitif (musnahkan) kewarasan kita. Jangan biarkan anasir jahat dari orang Cina, India dan Melayu musnahkan negara kita, rakyat kita,” tulisnya di Facebook.

Beliau merujuk kepada pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong berhubung pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan tulisan khat Jawi kepada murid Tahun 4 di sekolah vernakular.

Pengumuman kerajaan itu mendapat bantahan keras dari pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil yang disifatkan sebagai langkah Islamisasi.

“Rakyat Malaysia jauh lebih besar daripada ini. Tunjukkan kita jauh lagi teguh dari semua perkara yang tidak masuk akal ini. Sebarkan cinta bukan kebencian,” kata Lee.

“Saya mahu anak dan cucu saya untuk ada rakan Melayu dan India. Saya mahu mereka rasa selamat di Malaysia. 

“Saya mahu mereka berjuang demi negara, bagaimana yang telah saya lakukan untuk anda semua untuk dekad yang lepas.” 

Pengguna Facebook, WanzLatiffr Rachman setuju denga kata-kata bekas pemain nombor satu dunia itu, dan berharap semua ahli politik di neagar ini mempunyai sentimen yang sama.

“Syabas, tahniah dan terima kasih DLCW, kata-kata anda beri inspirasi kepada kita semua untuk menjadi rakyat Malaysia sejati… Alangkah bagusnya semua ahli politik seperti anda.” – 30 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen