Lebih 17,000 suspek Feto dineutralkan di Turki


Menteri Pertahanan Turki Hulusi Akar berkata, tentera Turki akan terus memburu mereka yang dianggap "pengkhianat" dan usaha itu akan berterusan sehingga semua berjaya disingkirkan. – Gambar EPA, 30 Ogos, 2019.

SEJAK rampasan kuasa yang gagal pada 15 Julai 2016, lebih 17,000 suspek yang mempunyai kaitan dengan Feto telah dineutralkan, kata Menteri Pertahanan Hulusi Akar lapor agensi berita Anadolu.

Beliau berkata tentera Turki akan terus memburu mereka yang dianggap “pengkhianat” dan usaha itu akan berterusan sehingga semua berjaya disingkirkan. 

“Sejak awal tahun ini, 676 pengganas telah dineutralkan,” katanya merujuk kepada operasi anti-keganasan Turki yang sedang berlangsung di utara Iraq. 

“Pengganas tidak mempunyai pilihan selain menyerah diri.”

Feto dan pemimpinnya Fetullah Gulen berpangkalan di Amerika Syarikat merancang rampasan kuasa itu mengorbankan 251 orang manakala 2,200 lagi cedera.

Turki menuduh Feto dalang untuk menggulingkan kerajaan Turki dengan menyusup ke institusi khususnya, tentera, polis dan badan kehakiman. – Bernama, 30 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen