Maklumat keluarga Trump bocor, pembantu peribadi letak jawatan


Pembantu peribadi Donald Trump, Madeleine Westerhout semalam meletak jawatan kerana membocorkan maklumat mengenai keluarga presiden Amerika Syarikat itu kepada wartawan, lapor media tempatan. PEMBANTU peribadi Donald Trump, Madeleine Westerhout semalam meletak jawatan kerana membocorkan maklumat mengenai keluarga presiden Amerika Syarikat (AS) itu kepada wartawan, lapor media tempatan.

PEMBANTU peribadi Donald Trump, Madeleine Westerhout semalam meletak jawatan kerana membocorkan maklumat mengenai keluarga presiden Amerika Syarikat (AS) itu kepada wartawan, lapor media tempatan.

The New York Times memetik sumber melaporkan Westerhout meletak jawatan selepas Trump mendapat tahu pembantunya itu bercakap mengenai keluarganya dan urusan White House dengan pemberita ketika beliau mengadakan lawatan kerja ke New Jersey.

CNN dan Politico yang memetik sumber juga melaporkan berita peletakan jawatan Westerhout.

Menurut CNN, seorang pemberita mendedahkan perbualan antara Westerhout dengan wartawan di White House ekoran wanita itu tidak menyebut supaya ia tidak direkodkan.

Kedudukan pejabat Westerhout bertentangan dengan Oval Office dan media AS menyifatkan beliau sebagai “penjaga pintu” Trump. Beliau telah menjadi pembantu peribadi Trump sejak presiden itu mengangkat sumpah jawatan.

Akhbar The New York Times melaporkan Westerhout kini tidak dibenarkan memasuki White House.

Menurut CNN, seorang pegawai menggambarkan hubungan Trump dan wanita itu “rapat” kecuali perkara melibatkan keluarga presiden itu. – AFP, 30 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen