PARLIMEN Ukraine hari ini meluluskan bacaan pertama rang undang-undang memansuhkan imuniti ahli parlimen mulai 1 Januari 2020, lapor agensi berita Sputnik.
Rang undang-undang itu diluluskan selepas menerima 363 undi dengan minimum undian diperlukan ialah 226 undi.
Kelulusan itu sekaligus membatalkan peraturan yang melindungi anggota parlimen daripada pendakwaan jenayah dan ditahan atau ditangkap tanpa persetujuan parlimen.
Bagaimanapun, di bawah rang undang-undang sama, anggota parlimen seperti sebelum ini tidak dipertanggungjawabkan ke atas keputusan undian atau kenyataan di Parlimen kecuali membabitkan penghinaan atau fitnah. – Bernama, 30 Ogos, 2019.
Komen