Levi perjalanan luar negara diturunkan ke RM50


PSC untuk penumpang di semua lapangan terbang kecuali KLIA akan dikurangkan kepada RM50 bagi penerbangan antarabangsa kecuali destinasi di negara Asean. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Ogos, 2019.

KABINET hari ini memutuskan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) untuk mereka yang menggunakan pesawat di semua lapangan terbang kecuali di KLIA akan dikurangkan kepada RM50 bagi penerbangan antarabangsa kecuali negara Asean.

Kementerian Pengangkutan berkata potongan RM23 daripada RM73 bagi caj itu akan berkuat kuasa 1 Oktober.

PSC bagi penerbangan ke semua destinasi di negara Asean dan domestik bagi perjalanan dari semua lapangan terbang kekal pada harga masing-masing RM35 dan RM11.

Kementerian itu berkata keputusan dibuat di mesyuarat Kabinet semalam. – 30 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen