Presiden Indonesia arah tindakan tegas diambil terhadap perusuh di Papua


Presiden Indonesia Joko Widodo berkata kerajaan akan bertemu tokoh berpengaruh Papua untuk membincangkan perkembangan terkini di wilayah tersebut. – Gambar EPA, 30 Ogos, 2019.

PRESIDEN Indonesia Joko Widodo pada Khamis berkata beliau mengarahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap pesalah yang melanggar undang-undang dan mereka yang melakukan tindakan perkauman serta vandalisme terhadap kemudahan awam dalam insiden rusuhan di wilayah Papua dan Papua Barat, lapor agensi berita China Xinhua.

Kenyataan presiden itu dibuat susulan beberapa siri rusuhan yang berlaku di wilayah timur Indonesia yang mengakibatkan kemusnahan kemudahan awam.

Presiden itu berkata kerajaan akan bertemu tokoh berpengaruh Papua untuk membincangkan perkembangan terkini di wilayah tersebut.

Rusuhan berlaku sejak beberapa minggu lepas di beberapa bandar dalam dua wilayah itu untuk membantah diskriminasi etnik. – Bernama, 30 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen