SEKUMPULAN lelaki bersenjata menculik puluhan wanita dan kanak-kanak kejadian serangan di sebuah perkampungan terpencil di barat laut Nigeria, kata pegawai dan penduduk semalam.
Sekitar 100 penyerang bermotosikal menyerbu kampung Wurma di negeri Katsina petang Isnin semalam, menculik penduduk tempatan dan merompak rumah.
“Pada mulanya 42 orang diculik tetapi lapan berjaya melarikan diri daripada penculik mereka dan pulang ke rumah,” kata Jabir Tsauri, pentadbir politik daerah kepada AFP.
Seramai 33 wanita dan kanak-kanak serta seorang lelaki dewasa masih hilang, katanya.
“Perompak sudah mula berhubung dengan keluarga mangsa yang diculik dan meminta wang tebusan,” kata Tsauri.
Penduduk Wurma, Sada Kabir memberitahu AFP, penyerang pergi dari sebuah rumah ke sebuah rumah dan merompak semua yang ada termasuk ternakan, makanan dan pakaian.
Barat laut Nigeria menyaksikan lonjakan kejadian culik, curi lembu dan keganasan yang kerajaan salahkan terhadap kumpulan perompak.
Penduduk setempat sering membentuk kumpulan vigilante dalam usaha mempertahankan diri.
Kumpulan bersenjata mengawal kem di hutan Rugu yang berada di luar negeri Katsina, Zamfara, Kaduna dan Niger.
Minggu lepas 16 orang terbunuh dalam serangan empat buah kampung terpencil di negeri Katsina berhampiran sempadan Niger. – AFP, 30 Ogos, 2019.
Komen