BANGLADESH mendakwa Myanmar seolah-olah tiada kesungguhan untuk menerima kembali pelarian Rohingya, ketika perbalahan kedua-dua negara itu bertambah tegang susulan kegagalan terbaru penghantaran pulang minoriti Muslim tanpa kewarganegaraan itu.
Minggu lalu, cubaan menghantar pulang pelarian Myanmar itu gagal sehingga tiada seorang pun pelarian muncul untuk melintasi sempadan ke Rakhine.
Menteri Luar Bangladesh A K Abdul Momen mempersoalkan kesungguhan Naypyidaw menerima semula pelarian Rohingya, ketika taklimat diplomat asing di ibu negara Dhaka.
Katanya, Myanmar gagal memusnahkan kem pelarian dalam negara (IDP) secara berkesan di Rakhine dan menempatkan mereka ke kediaman asal.
“Kekurangan tindakan ini petunjuk jelas Myanmar tidak bersungguh-sungguh dalam penghantaran pulang dan menerima golongan tertindas ini,” menurut kenyataan kementerian yang memetik taklimat Momen. – AFP, 30 Ogos, 2019.
Komen