Mahkamah perintah pewaris Samsung dibicara semula


pewaris Samsung, Lee Jae-yong dihukum penjara lima tahun pada 2017 tetapi dibebaskan setahun kemudian selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan kebanyakan sabitan dan mengurangkan baki hukuman kepada hukuman penjara tertangguh. – Gambar AFP, 29 Ogos, 2019.

MAHKAMAH Agung Korea Selatan hari ini memerintahkan perbicaraan baharu bagi pewaris Samsung, Lee Jae-yong yang disabitkan kesalahan termasuk merasuah bekas presiden Park Geun-hye.

Lee dihukum penjara lima tahun pada 2017 tetapi dibebaskan setahun kemudian selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan kebanyakan sabitan dan mengurangkan baki hukuman kepada hukuman penjara tertangguh.

Ketua Hakim Negara Kim Myeong-su hari ini berkata kes Lee akan dihantar semula untuk dibicara semula bagi pelbagai pertuduhan termasuk sabitan rasuah yang diketepikan oleh Mahkamah Rayuan.

“Keputusan itu ‘salah faham undang-undang rasuah…yang menyebabkan kekhilafan pada keputusan,” kata Kim. – AFP, 29 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen