Rapid KL lanjut perkhidmatan sempena Ambang Merdeka


Beberapa stesen LRT yang dilanjutkan perkhidmatan sehingga 1 pagi, 31 Ogos.– Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Ogos, 2019.

BEBERAPA perkhidmatan rel dan bas di bawah kendalian Rapid KL akan dilanjutkan perkhidmatan sempena sambutan Ambang Merdeka 2019.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini memaklumkan stesen LRT yang dilanjutkan perkhidmatan sehingga 1 pagi, 31 Ogos ialah Stesen LRT KLCC (Laluan Kelana Jaya), Stesen LRT Masjid Jamek (Laluan Kelana Jaya dan Ampang/Sri Petaling) dan Stesen LRT Bandaraya (Laluan Ampang/Sri Petaling).

“Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, perkhidmatan bas Rapid KL juga akan dilanjutkan operasi sehingga 1.30 pagi. Ia meliputi laluan:

Jalan Munsyi Abdullah  –  Taman Jasa Utama (nombor laluan 173)
Lebuh Ampang  – Taman Melawati (220)
Pasar Seni – Kota Damansara (780)
Pasar Seni – Taman Dato’ Senu (180)
Lebuh Ampang – Pandan Mewah (300)
Pasar Seni – Taman Sri Muda (751)
Pasar Seni – Taman Medan (781)
Pasar Seni – Taman Sri Manja/ Taman Sri Sentosa (640)
Pasar Seni – Puchong Utama (600)
Jalan Silang – Terminal Kajang (450)

Orang ramai disaran menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan selain mengelak daripada masalah parkir yang terhad di pusat bandar. – Bernama, 29 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen