Aktivis Myanmar dipenjara setahun lepas kritik tentera


Aktivis yang juga pengasas feltival filem hak asasi manusia, Min Htin Ko Ko Gyi ditahan pada April selepas mengkritik piagam yang digubal oleh tentera pada 2008. – Gambar AFP, 29 Ogos, 2019.

SEORANG aktivis di Myanmar dihukum penjara setahun hari ini kerana mengkritik tentera.

Aktivis yang juga pengasas feltival filem hak asasi manusia, Min Htin Ko Ko Gyi ditahan pada April selepas mengkritik piagam yang digubal oleh tentera pada 2008. Min memuat naik kritikannya di Facebook.

Piagam tersebut memperuntukkan pasukan tentera tiga perempat kerusi Parlimen dan mengawal tiga kementerian.

Min dikenakan hukuman atas kesalahan menghasut dengan menerbitkan kenyataan yang mencetus ketakutan kepada orang awam.

“Saya tidak terkejut kerana memang sudah dijangka (hukuman),” katanya kepada pemberita ketika diiring ke mahkamah Insein di Yangon. – AFP, 29 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen