TENTERA gabungan yang diterajui Arab Saudi bagi memulihkan keamanan di Yaman telah memintas sebelum menembak jatuh sebuah dron yang dilancarkan militia Houthi di ruang udara Yaman pada Rabu petang, lapor Agensi Akhbar Arab Saudi (SPA).
Dron itu dilancarkan militia Houti dari Sanaa ke arah Arab Saudi.
Jurucakap rasmi tentera gabungan Turki Al-Maliki berkata semua percubaan oleh militia Houthi untuk melancarkan dron adalah gagal dan tentera gabungan telah melakukan semua prosedur operasi serta amalan terbaik untuk menangani kesemua dron ini dalam usaha melindungi orang awam.
Beliau berkata percubaan pengganas yang berulang kali baru-baru ini oleh militia Houthi adalah akibat kekalahan besar dalam elemen pengganas mereka selain bekalan dan peralatan serta melalui operasi ketenteraan oleh tentera gabungan.
Katanya percubaan pengganas dan maklumat salah media bertindak meningkatkan moral elemen pengganas terbabit dan ini menyebabkan tentera gabungan perlu terus melaksanakan langkah pencegahan bagi meneutral serta memusnahkan pihak musuh selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan peraturan adatnya. – Bernama, 29 Ogos, 2019.
Komen