Honduras iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel


Presiden Honduras Juan Orlando Hernandez akan ke Israel pada Jumaat untuk merasmikan 'pejabat diplomatik' di Baitulmaqdis. – Gambar AFP, 29 Ogos, 2019.

PRESIDEN Honduras Juan Orlando Hernandez akan ke Israel pada Jumaat untuk merasmikan “pejabat diplomatik” di Baitulmaqdis, mengiktiraf bandar suci itu sebagai ibu negara Israel.

Pejabat diplomatik di bandar yang menjadi pertikaian itu akan menjadi sebahagian daripada kedutaannya yang berpusat di Tel Aviv.

“Bagi saya, ia adalah pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel,” kata Hernandez pada Selasa.

Kementerian Luar berkata dalam satu kenyataan, Israel mencadangkan agar Honduras memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis, yang sedang dipertimbangkan dalam konteks antarabangsa dan nasional.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mencetuskan menjejaskan hubungan antara Washington dan pihak berkuasa Palestin tahun lalu apabila AS memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis.

Guatemala dan Paraguay mengikut jejal langkahnya manakala Brazil berkata ia sedang mengkaji kemungkinan berbuat demikian. Paraguay membatalkan keputusannya hanya selepas empat bulan. – AFP, 29 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen