Taufan Dorian hampiri Florida, gabenor isytihar darurat


Taufan Dorian dijangka membadai Puerto Rico di kawasan timur pada Rabu sebelum Florida atau Georgia menjelang akhir hujung minggu. – Gambar EPA, 29 Ogos, 2019.

GABENOR Florida Ron DeSantis mengisytiharkan darurat pada Rabu bagi beberapa daerah yang berada dalam laluan Taufan Dorian melanda Caribbean ke arah pantai timur Amerika Syarikat.

“Hari ini, saya mengumumkan darurat untuk memastikan Florida bersedia sepenuhnya berdepan Taufan Dorian,” kata DeSantis dalam satu kenyataan.

“Adalah penting bagi penduduk Florida di pantai timur memantau ribut ini. Setiap penduduk Florida perlu mempunyai tujuh hari bekalan, termasuk makanan, air dan ubatan, dan mesti mempunyai rancangan sekiranya berlaku bencana.”

Taufan itu dijangka membadai Puerto Rico di kawasan timur pada Rabu sebelum Florida atau Georgia menjelang akhir hujung minggu. – AFP, 29 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen