Lebih 200 penyokong Parti Warisan Sabah banjiri perkarangan mahkamah


Jason Santos

Penyokong Parti Warisan Sabah berkumpul seawal jam 8 pagi di perkarangan Mahkamah Kota Kinabalu sebagai tanda sokongan kepada pemimpin mereka. – Gambar The Malaysian Insight, 10 Oktober, 2017.

LEBIH 200 penyokong Parti Warisan Sabah berkumpul dalam hujan seawal jam 8 pagi di perkarangan Mahkamah Kota Kinabalu hari ini.

Mereka menjangkakan lanjutan perintah reman terhadap Naib Presiden Warisan Peter Anthony dan permohonan reman ketua pemuda parti itu Mohd Aziz Jamman.

Tempoh reman Anthony tamat hari ini selepas beliau ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lalu bersama seorang ahli perniagaan berusia 54 tahun. 

SPRM berkata permohonan lanjutan tempoh reman dibuat antara 12.15 tengah hari sehingga 2 petang.

Kedua-dua mreka ditahan untuk membantu siasatan berhubung dakwaan peyelewengan RM1.5 bilion dana persekutuan menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dari 2009 hingga 2015 ketika Shafie Apdal menjadi menterinya. 

Aziz ditahan pada petang Isnin oleh SPRM bersama dengan Ketua Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda Umno Tawar Ariffin Kassim.

Turut hadir ke mahkamah Naib Presiden Warisan Junz Wong dan setiausaha agungnya Loretto Padua. – 10 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen