GUNUNG berapi Strombl yang terletak di pesisir pantai Sicily meletus pada Rabu, menurut pasukan bomba yang bertugas memadam kebakaran berpunca daripada aliran lava gunung berkenaan.
Perkhidmatan kecemasan melancarkan bot dan helikopter selepas “letupan kuat” di cerun selatan kawah yang menggegarkan kepulauan itu, namun tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa direkodkan, menurut pasukan bomba melalui Twitter.
Debu daripada letusan itu melitupi bumbung rumah di pekan Stromboli, lapor akhbar Repubblica, dan menambah gegaran turut dirasai di kepulauan Salina.
Gunung yang terletak di semenanjung Pulau Aeolian di selatan Itali itu ditutup berikutan letupan pada Jun yang menyebabkan pendaki terbunuh.
Stromboli yang berkeluasan 12 kilometer persegi dengan ketinggian 924 meter, hanya sebuah puncak gunung berapi yang sebahagian besarnya berada di bawah laut. – AFP, 28 Ogos, 2019.
Komen