3 maut feri terbakar di Filipina


Pasukan penyelamat berkata lebih 240 penumpang lain berjaya diselamatkan dan operasi menyelamat masih diteruskan. – Gambar EPA, 28 Ogos, 2019.

TIGA maut dalam kebakaran sebuah feri di selatan Filipina hari ini, kata pihak berkuasa.

Pasukan penyelamat berkata lebih 240 penumpang lain berjaya diselamatkan dan operasi menyelamat masih diteruskan.

Kejadian menimpa Lite Ferry 16 itu berlaku awal pagi ketika feri itu sedang dalam perjalanan dari Cebu menuju ke Dapitan City. Beberapa penumpang yang terkejut melompat terjun dari feri ketika kejadian, kata saksi.

Jumlah sebenar penumpang feri belum dapat dipastikan, tetapi menurut Pasukan Pengawal Pantai Filipina setakat ini seramai 245 berjaya diselamatkan.

Senarai rasmi menunjukkan jumlah penumpang dan anak kapal hanya 172 orang.

“Kami sudah menuntut kapten memberikan penjelasan mengenai perkara ini,” kata jurucakap pengawal pantai, Armand Balilo. – AFP, 28 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen