227 mayat korban kanak-kanak ditemui di Peru


Sebanyak 227 sisa dan rangka mayat dari satu tapak daripada ketamadunan Chimu di Peru ditemui di Huanchaco, berhampiran Lima. – Gambar AFP, 28 Ogos, 2019.

AHLI arkeologi di Peru berkata mereka menemui 227 sisa dan rangka mayat dari satu tapak yang pernah digunakan oleh budaya Chimu pra Colombia, dan itu adalah penemuan terbesar berkaitan kanak-kanak yang dikorbankan.

Mereka mula mengorek di kawasan itu sejak tahun lalu dan tapak itu menjadi tempat upacara korban terbesar di Huanchaco, lokasi tumpuan pelancong di tepi pantai di ibu kota Lima.

“Ini tapak terbesar di mana mayat kanak-kanak yang dikorbankan pernah ditemui,” kata ketua ahli arkeologi Feren Castillo.

Castillo berkata kanak-kanak itu yang berusia antara empat dan 14 tahun dikorbankan dalam satu upacara untuk menghormati tuhan-tuhan dalam budaya Chimu.

“Mereka dikorbankan untuk menenangkan fenomena El Nino dan ada tanda menunjukkan mereka dibunuh ketika cuaca hujan,” katanya.

Katanya, mungkin masih ada lagi mayat yang akan ditemui.

“Ia tidak dapat dikawal, di mana saja anda korek, anda jumpa lagi,” katanya.

Sisa mayat kanak-kanak itu ditemui dalam kedudukan menghadap laut. Sesetengahnya masih ada kulit dan rambut.

Huanchaco kawasan di mana banyak upacara mengorbankan kanak-kanak berlaku semasa era budaya Chimu, dengan waktu kemuncaknya antara tahun 1200 dan 1400.

Kali pertama ahli arkeologi menemui mayat kanak-kanak di tapak mereka menggali ialah di bandar Pampa la Cruz pada Jun 2018, beraya mengeluarkan 56 rangka dan tengkorak.

Pampa la Cruz tidak auh dari Huanchaquito, di mana sisa mayat 140 kanak-kanak yang dikorbankan dan 200 bangkai haiwan ilama ditemui pada April 2018.

Ketamadunan Chimu bertapak lama di pantai Peru hingga Ecuador tetapi kemudian hilang pada 1475 selepas ia ditakluki oleh empayar Inca. – AFP, 28 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen