Krisis Ebola, bekas menteri kesihatan Congo disiasat


Bekas menteri kesihatan DR Congo Oly Ilunga disoal siasat semalam berhubung dakwaan salah guna peruntukan untuk krisis Ebola. – Gambar fail EPA, 28 Ogos, 2019.

OLY Ilunga, yang meletak jawatan sebagai menteri kesihatan DR Congo bulan lalu, disoal siasat semalam dalam sebahagian inkuiri berkenaan penggunaan dana awam untuk menangani epidemik Ebola, kata peguamnya.

Keterangan bekas menteri itu didengar oleh peguam negara dan kami percaya pada sistem keadilan di negara ini, kata peguam Guy Kabeya.

Sumber kehakiman berkata Ilunga “bebas”.

Tiga daripada kakitangan bekas menteri itu termasuk seorang doktor ditahan, kata sumber, mengesahkan laporan stesen radio Top Congo.

Pendengaran itu sebahagian daripada inkuiri awal tentang pengurusan sebahagian wang yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk menangani virus Ebola, di mana 2,000 nyawa terkorban akibat penyakit itu, kata sumber.

Ilunga meletak jawatan bulan lalu, berkata menarik diri sebagai ketua pasukan respons Ebola negara itu.

Hampir 170,000 orang diberikan vaksin Ebola dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal gergasi Jerman, Merck sejak wabak itu bermula di Congo setahun lalu.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang mendesak pengenalan vaksin kedua dihasilkan oleh syarikat AS, Johnson & Johnson tetapi kementerian kesihatan di bawah Ilunga menolak langka itu, berkata langkah itu berisiko.

Vaksin Merck sudah diuji tetapi tidak dilesenkan, sementara ubat Johnson & Johnson masih di peringkat siasatan percubaan.

Sejak Ogos tahun lalu, Ebola mengorbankan lebih 1,900 orang di Congo, epidemik kedua terbesar, selepas lebih 11,300 maut di Liberia, Guinea dan Sierra Leone antara 2014 dan 2016. – AFP, 28 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen