LEBIH 1,000 trak membawa pelbagai barangan disekat semalam di pintu masuk ibu kota Mali, di Bamako pada hari keempat protes berlangsung terhadap negeri miskin itu di jalan-jalan raya negara itu.
Tinjauan mendapati barisan trak beratur kira-kira 12km di sepanjang jalan menuju stesen tol Kati kira-kira 15km di luar ibu kota barat negara itu, dan berhampiran Senegal dan Mauritania.
Protes itu bermula 23 Ogos lalu di bandar Kayes apabila ratusan penduduk menyekat jambatan utama menyeberangi Sungai Senegal.
Sejak itu ia merebak ke seluruh wilayah, dengan penunjuk perasaan di banyak bahagian mendesak penambahbaikan dengan segera di jalan-jalan raya dan landasan kereta api di Mali yang teruk.
“Saya sudah empat hari di sini, kami tidak boleh masuk Bamako,” kata seorang pemandu trak di Kati.
Di sepanjang sekatan itu, anggota kumpulan pendesak Sirako bertegas mengatakan mereka akan kekal di situ hingga mendapat komitmen tegas yang jalan-jalan raya akan dinaik taraf.
Perdana Menteri Boubou Cisse bertemu wakil kumpulan itu pada Isnin tetapi gagal meyakinkan mereka untuk mengalihkan sekatan itu. – AFP, 28 Ogos, 2019.
Komen