Pentagon lulus jualan senjata AS$3.3 bilion ke Jepun


Bulan ini, Pyongyang melakukan tujuh ujian peluru berpandu balistik jarak dekat, dengan satu sekurang-kurangnya terbang cukup jauh untuk tiba di Jepun. – Gambar EPA, 28 Ogos, 2019.

WASHINGTON meluluskan jualan peluru berpandu anti balistik bernilai AS$3.3 bilion kepada Jepun semalam, susulan beberapa siri ujian peluru berpandu balistik dilakukan oleh Korea Utara yang mungkin mengancam sekutu Amerika Syarikat (AS) itu.

Jepun akan membeli 73 peluru berpandu buatan Raytheon, SM-3 Block IIA yang direka untuk melepaskan tembakan oleh sistem Aegis untuk memintas peluru berpandu balistik yang sedang dilancarkan, kata Pentagon.

Jualan itu berlaku ketika Korea Utara mula meluaskan lagi kemampuan senjatanya, membuktikan kemampuannya melancarkan peluru berpandu jarak sederhana dan jauh, berpotensi untuk menggunakan nuklear, yang boleh disasarkan ke Jepun dan AS.

Bulan ini, Pyongyang melakukan tujuh ujian peluru berpandu balistik jarak dekat, dengan satu sekurang-kurangnya terbang cukup jauh untuk tiba di Jepun.

Pentagon turut meluluskan jualan senjata kepada Hungary, Korea Selatan, Lithuania dan Denmark dengan nilai AS$943 juta. – AFP, 28 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen