BRAZIL akan menerima bantuan luar negara bagi membantunya memadamkan kebakaran di hutan hujan Amazon dengan syarat negara Amerika Latin itu mengawal wang bantuan berkenaan, kata jurucakap presiden semalam.
“Kerajaan Brazil menerusi Presiden Jair Bolsonaro terbuka untuk menerima sokongan kewangan daripada organisasi dan negara luar,” kata Otavio Rego Barros kepada wartawan.
“Perkasa asasnya ialah wang ini, apabila ia masuk ke Brazil, akan di bawah kawalan rakyat Brazil,” katanya. – AFP, 28 Ogos, 2019.
Komen