Najib berdepan satu lagi perbicaraan kes 1MDB hari ini 


Bede Hong Timothy Achariam

Najib Razak hari ini berdepan 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukannya sebagai perdana menteri melibatkan dana RM2.3 bilion. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Ogos, 2019.

NAJIB Razak sekali lagi berdepan sesi perbicaraan mahkamah dengan bermulanya perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini yang mana beliau berdepan 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukannya sebagai perdana menteri melibatkan dana RM2.3 bilion. 

Perbicaraan 1MDB dijangka akan berlangsung sehingga 14 November depan yang mana tarikh perbicaraan seterusnya akan ditetapkan. Pegawai mahkamah mengambil masa lebih 30 minit untuk membacakan kesemua 25 pertuduhan ketika didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 20 September tahun lalu. 

Najib berdepan keseluruhannya 42 pertuduhan jenayah, dipecahkan kepada lebih lima perbicaraan jenayah. Perbicaraan 1MDB melibatkan jumlah terbesar, dengan keseluruhannya RM2,282,937,678.41 yang didakwa diterima oleh Najib antara 2011 dan 2014. 

Bagi kes yang lain, Najib berdepan enam pertuduhan pecah amanah melinatkan dana kerajaan sebanyak RM6.6 bilion yang dibayar untuk menyelesaikan hutang  dengan syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (Ipic); satu pertuduhan salah guna kuasa kerana mengubah laporan audt 1MDB dan; tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International RM27 juta. 

Kes hari ini yang juga dikekali sebagai perbicaraan kes 1MDB-Tanore oleh pihak pendakwaan kerana Tanore Finance Corp merupakan sumber dana yang dipindahkan ke akaun AmIslamic Bank Najib yang berakhir dengan nombor 694. 

Kes akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah, yang sejak Julai lalu menolak permohonan untuk menangguhkan perbicaraan. Kedua-dua pendakwaan dan pembelaan mahu perbicaraan SRC International yang sedang berjalan diselesaikan terlebih dahulu. 

Perbicaraan SRC International yang sudah separuh jalan, menyaksikan pihak pendakwaan menutup kes semalam dengan saksi terakhir iaitu saksi yang ke-57. 

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar kes SRC International memberikan tempoh empat minggu kepada kedua-dua pihak untuk menghantar penyerahan bertulis dan tiga minggu lalu untuk menjawab setiap penyerahan.

Pendengaran penyerahan secara lisan akan diadakan pada 22 Oktober dan keputusan sama ada untuk membebaskan atau memanggil pembelaan, dijangka pada 11 November.

Untuk perbicaraan 1MDB, laporan menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 60 saksi pendakwaan akan dipanggil, termasuk saksi yang telah memberi kesaksian sebelumnya pada perbicaraan SRC International.

Najib bukan sahaja bekas perdana menteri pertama yang dituduh secara jenayah, beliau juga merupakan ahli politik pertama yang menghadapi pelbagai perbicaraan jenayah.

Bagaimanapun, perbicaraan hanya akan berjalan satu demi satu kerana Najib sebagai tertuduh menghendaki beliau hadir pada semua perbicaraan jenayah, serta perkara interlokutori, untuk memastikan prosiding itu adil. – 28 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen