PRESIDEN Iran Hassan Rouhani tidak akan mengadakan sebarang pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sehingga Washington kembali semula sertai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA), lapor agensi berita Sputnik.
“Saya berkata semasa lawatan ke Biarritz (Perancis) tiada mana-mana pihak pun dapat membayangkan akan ada pertemuan antara Presiden Iran dan Trump.
“Tiada mesyuarat dan rundingan akan diadakan sehingga AS kembali semula kepada perjanjian JCPOA,” kata Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif pada Selasa memetik laporan stesen penyiaran Iran.
Format 5 + 1 termasuk lima anggota tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Jerman. Format ini bermula pada 2006 untuk rundingan dengan Iran bagi pelaksanaan JCPOA.
Sementara itu, ketika Zarif tiba di Biarritz di Perancis pada Ahad, untuk menghadiri sidang kemuncak G7, Trump yang turut berada di sana dilaporkan berkata beliau enggan bertemu menteri luar Iran, kerana ia “terlalu awal.” – Bernama, 27 Ogos, 2019.
Komen