Madrid dilanda banjir besar 


Sebahagian lebuh raya di Arganda del Rey ditenggelami air menyebabkan aliran trafik terjejas.– Gambar EPA, 27 Ogos, 2019.

ALIRAN trafik di Madrid dan kawasan sekitarnya terjejas teruk selepas banjir melanda kawasan itu berikutan hujan lebat sejak malam kelmarin, kata pihak berkuasa.

Di Arganda del Rey berhampiran ibu negara Sepanyol itu, media tempatan melaporkan banyak kenderaan dihanyutkan arus deras akibat banjir lumpur.

“Setakat ini tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, namun bencana kali ini menyebabkan banyak pokok tumbang di jalan raya, air membanjiri garaj kediaman, ruang besmen dan premis perniagaan,” kata jurucakap perkhidmatan kecemasan kepada AFP.

Bomba di wilayah itu turut menerima 152 panggilan kecemasan pada Isnin.

Sebahagian daripada empat lebuh raya di ibu negara Sepanyol itu turut terjejas malah stesen kereta api turut ditenggelami air.

Pada pagi Selasa, aliran trafik di beberapa lebuh raya masih lagi terjejas yang mana beberapa lorong ditutup, manakala terowong bawah tanah di Arganda del Rey turut ditenggelami air.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Hospital Peace di Madrid berkata, kawasan hospital berkenaan turut mengalami banjir. – AFP, 27 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen