Syarikat Rusia saman Boeing, batalkan tempahan pesawat 737 MAX


Pesawat Boeing 737 MAX terlibat dalam dua nahas udara yang mengorbankan 346 nyawa membabitkan pesawta Lion Air dan Ethiopian Airlines.– Gambar EPA, 27 Ogos, 2019.

SEBUAH syarikat pajakan pesawat Rusia mengesahkan bahawa ia telah memfailkan tuntutan mahkamah AS yang pertama untuk membatalkan pesanan untuk 35 pesawat Boeing 737 MAX.

Avia Capital Services (ACS), yang merupakan anak syarikat kepada konlomerat Rusia Rostec, mengesahkan kepada AFP laporan tuntutan itu di Financial Times, yang mana katanya ia merupakan tindakan saman sivil pertama oleh pelanggan terhadap syarikat aeroangkasa Amerika Syarikat itu berhubung pesawat 737 MAX.

FT melaporkan ACS memfailkan tuntutan itu di Chicago yag mendakwa Boeing “dengan sengaja” gagal mendedahkan maklumat mengenai kelayakan penerbangan pesawat berkenaan kepada pelanggannya.

Ia menuduh Boeing melakukan kecuaian dengan menjual pesawat “rosak”. ACS sedang menuntut pampasan seanyak AS$115 juta, dan beberapa kali ganda dari jumlah itu dalam bentuk kerosakan punitif, lapor FT.

Boeing 737 MAX digantung penerbangannya selepas dua nahas udara yang meragut 346 nyawa, satu melibatkan syarikat Lion Air Indonesia dan satu lagi pesawat Ethiopian Airlines.

Boeing telah membangunkan perisian untuk menaik taraf pesawat 737 MAX selepas mengalami masalah dengan sistem kendalian pesawat yang membawa kepada nahas berkenaan.

Namun pesawat syarikat berkenaan masih tidak dibenarkan untuk meneruskan penerbangan.

Boeing dilaporkan mencatat kerugian AS$2.9 bilion pada suku kedua tahun ini, yang merupakan kerugian terbesar sejak krisis meibatkan pesawat 737 MAX. – AFP, 27 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen