Netanyahu beri amaran kepada Hizbullah


Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata pihaknya sedia mempertahankan wilayahnya dan melakukan serangan balas terhadap ancaan Hizbullah.– Gambar EPA, 27 Ogos, 2019.

PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran kepada pemimpin Hizbullah Lubnan dan pemimpin Quds Iran agar “berhati-hati” dengan kata-kata dan tindakan mereka.

Merujuk kepada pemimpin Hizbullah, Hassan Nasallah, Netanyahu memberitahu pada stau sidang media “beliau tahu bagaimana Israel mempertahankan diri dan membalas tindakan musuhnya”.

“Saya mahu katakan kepadanya dan negara Lubnan, yang menjadi tuan rumah kepada organisasi ini yang mensasarkan untuk memusnahkan kami, dan saya kataan kepada Qassem Soleimani: Berhati-hati dengan apa yang kamu katakan dan lebih berhati-hati dengan tindakan kamu.”

Beliau turut meminta Hassan Nasrallah “bertenang”.

Netanyahu berkata demikian selepas beberapa insiden yang meningkatkan ketegangan antara Israel, Lubnan, Iran dan Tehran yang disokong Hizbullah.

Nasrallah menuduh Israel sebagai dalang serangan dron ke atas pergerakan Syiah Lubnan di kubu kuat Beirut pada Ahad dan mengancam untuk menyerang balas.

Beliau menyifatkan ia sebagai “tindakan bermusuhan” sejak perang antara Israel dan Hizbullah tercetus pada 2016.

Presiden Lubnan Michel Aoun turut menyifatkan ia sebagai “perisytiharan perang”.

Beberapa jam sebelum insiden di Beirut, Israel mengumumkan pihaknya melancarkan serangan di Syria untuk mengagalkan apa yang didakwa mereka sebagai rancangan oleh tentera Iran untuk melancarkan serangan dron ke wilayahnya.

Pada Isnin, kumpulan Palestin pro-Syria menuduh Israel melancarkan serangan dron ke atas salah satu kedudukannya di Lubnan.

Israel menjalankan ratusan serangan di Syria yang mensasaran kedudukan Hizbullah. – AFP, 27 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen