Wanita Malaysia ditahan di Chennai bersama 6.5kg emas


SEORANG wanita rakyat Malaysia ditahan bersama emas seludup bernilai 25 juta rupee (RM1.47 juta) di lapangan terbang antarabangsa Chennai.

Pegawai kastam India, yang bertindak atas maklumat menahan seorang penumpang pada Ahad selepas menemui 12 jongkong emas seberat 6.5kg di dalam bagasinya.

Wanita berusia 41 tahun itu memberitahu pegawai Unit Perisikan Udara bahawa jongkong emas terbabit akan dihantar kepada seorang individu yang tidak dikenali di luar lapangan terbang tersebut, menurut siaran akhbar kastam pada Isnin.

K Saravanan, konsul jeneral Malaysia di Chennai berkata pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat lebih lanjut kes itu.

Awal bulan ini, seorang lelaki rakyat Malaysia ditahan di lapangan terbang Chennai kerana disyaki cuba menyeludup berlian bernilai RM1.34 juta ke India. – Bernama, 27 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen