Masa tepat gubal undang-undang kawal ucapan kebencian, kata Mujahid


Ia sebagai sebahagian daripada agenda pembaharuan kerajaan Pakatan Harapan bagi membendung ketegangan kaum dan agama di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Ogos, 2019.

SUDAH sampai masanya Malaysia menggubal undang-undang bagi mengawal ucapan kebencian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau dipetik The Star berkata ia sebagai sebahagian daripada agenda pembaharuan kerajaan Pakatan Harapan bagi membendung ketegangan kaum dan agama di negara ini.

Menteri hal ehwal agama itu berkata beliau berharap perkara berkaitan ucapan kebencian disertakan dalam Akta Hasutan dan Suruhanjaya Keharmonian dan Perpaduan Kebangsaan ditubuhkan dalam tahun ini.

Katanya suruhanjaya itu akan memainkan peranan penting dalam mendidik, menyebar keharmonian dan menangani sentimen perkauman dan agama.

“Ada banyak undang-undang yang sedang digunakan tetapi dari segi hubungan di antara kaum dan agama, perlu ada pindaan khas bagi menangani isu kebencian disemai pihak tertentu berbanding menggunakan undang-undang lain yang meliputi bidang lebih luas.

“Ini masa yang tepat bagi kerajaan memperkenalkan undang-undang ucapan kebencian kerana ketegangan antara kaum dan agama kian meningkat sekarang ini, terutamanya kalau kita tengok apa yang diperkatakan di media sosial,” kata Mujahid dipetik The Star. – 26 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen