Kumpulan anti-khat bodoh sombong, kata Syed Saddiq


Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman menganggap kumpulan anti pelajaran Jawi di sekolah vernakular sebagai “bodoh sombong”. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Ogos, 2019.

MENTERI Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman menganggap kumpulan anti pelajaran Jawi di sekolah vernakular sebagai “bodoh sombong”.

Beliau merujuk kepada kenyataan dibuat Pasukan Bertindak Seni Khat (Sekat) semalam yang menggesa ibu bapa berhenti menghantar anak mereka ke sekolah sekiranya kerajaan tidak menangguhkan pelajaran Jawi di sekolah vernakular atau tidak mengadakan dialog seperti yang dituntut mereka.

“Sanggup menghalang anak dari dapat pendidikan hanya kerana takut tiga muka surat berkenaan Jawi yang tidak dimasukkan ke dalam peperiksaan dan sudah pun dibuat pilihan.

“Anda tidak lebih bodoh sombong daripada ini,” tulis di Twitter malam tadi. 

Kumpulan Sekat semalam menyeru lebih banyak penglibatan kerajaan dalam sukatan Pelajaran Jawi  dalam buku teks Tahun 4 Bahasa Melayu untuk sekolah vernakular.

Setiausaha Sekat Arun Dorasamy berkata, sekiranya tuntutan kumpulan itu tidak dipenuhi mereka akan menggesa ibu bapa supaya tidak menghantar anak ke sekolah. – 26 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen