250 rakyat Syria terbunuh dalam serangan udara Amerika


Seramai 250 orang awam terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan udara yang dipimpin Amerika Syarikat (AS) ke atas bandar Raqqa di Syria sejak empat hari lepas. – Gambar AFP, 9 Oktober, 2017.

SERAMAI 250 orang awam terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan udara yang dipimpin Amerika Syarikat (AS) ke atas bandar Raqqa di Syria sejak empat hari lepas, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan sebuah badan pengawas hak asasi manusia pada Isnin.

Balai Cerap Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata serangan itu meragut nyawa 1,117 orang awam termasuk 267 kanak-kanak dan 164 wanita sejak Jun.

Terdahulu, SOHR yang berpangkalan di Britain berkata 85% daripada bandar itu dibebaskan daripada penguasaan militan Daesh. – Bernama, 9 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen