Nasa siasat jenayah pertama yang dilakukan di angkasa lepas


Pegawai membantu angkasawan NASA Anne McClain untuk keluar dari kapsul Soyuz MS-11 sejurus selepas mendarat di kawasan terpencil di luar bandar Dzhezkazgan, Kazakhstan pada 25 Jun. – Gambar AFP, 25 Ogos, 2019.

PENTADBIRAN Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA) sedang menyiasat jenayah pertama yang didakwa dilakukan dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), lapor The New York Times hari ini.

Angkasawan Ann McClain dituduh mencuri identiti dan mengakses akaun bank pasangannya pada misi keenam ISS ke bulan.

Beliau mengaku mengakses akaun terbabit tetapi menafikan perbuatannya adalah salah.

Pasangannya Summer Worden dilaporkan telah memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan.

McClain dalam kenyataan menerusi peguamnya Rustin Hardin berkata, dia mahu memastikan kewangan keluarganya berada dalam keadaan terkawal dan mempunyai wang mencukupi untuk membayar bil serta anak angkatnya.

“Dia menafikan sesuatu yang tidak betul,” katanya sambil menambah McCain yang kembali ke bumi pada Jun lalu bersedia bekerjasama sepenuhnya. – AFP, 25 Ogos, 2019. 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen