Kerajaan akan ambil tindakan jika dakwaan PBB benar, kata Dr Mahathir


Chan Kok Leong

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kerajaan akan mengambil langkah menangani laporan PBB sekiranya dakwaan mengenai kadar kemiskinan di negara ini jauh lebih tinggi adalah benar. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Ogos, 2019.

PUTRAJAYA akan mengambil langkah untuk menangani laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekiranya dakwaan mengenai kadar kemiskinan di negara ini jauh lebih tinggi adalah benar, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Kami akan kaji apa yang mereka katakan untuk mengetahui sama ada ia benar,” katanya selepas majlis makan malam ulang tahun MyPerintis di Petaling Jaya malam ini.

Dr Mahathir mengulas mengenai laporan oleh Pelapor Khas PBB bahawa tahap kemiskinan Malaysia adalah 16%-20% dan bukan 0.4%.

Mengenai sama ada kerajaan merancang untuk mengambil tindakan Dr Mahathir berkata: “Kita akan mengambil tindakan, sekiranya perlu”. 

Pelapor khas PBB Prof Philip Alston berkata, kadar rekod kemiskinan kemiskinan Malaysia sebanyak 0.4% adalah tidak tepat. – 23 Ogos, 2019

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen