MALAYSIA berpegang pada kaedah semasa mengira garis kemiskinan walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak melaporkan kejadian seperti itu, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.
Mengulas kenyataan dikeluarkan PBB mengenai kadar kemiskinan negara yang “mengecewakan”, Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata nilai ambang itu diambil daripada penerbitan PBB.
Azmin berkata, kemiskinan nasional sebanyak RM980 setiap isu rumah sebulan diperoleh daripada piawaian antarabangsa diterima berdasarkan Buku Panduan Kumpulan Canberra mengenai Statistik Pendapatan Isi Rumah Edisi Kedua (2011).
“Walaupun kerajaan menghargai usaha Pelapor Khas dalam meningkatkan kesedaran tentang isu kemiskinan, komen tertentu dilihat tidak berasas dan tidak adil.
“Sebagai contoh dakwaan sebahagian besar penduduk Malaysia yang berusaha mendapatkan makanan, tempat tinggal, penjagaan kesihatan yang nyata ia salah dan jelas tiada bukti sainstifik,” katanya dalam satu kenyataan. – 23 Ogos, 2019.
Berita penuh di sini
Komen