Naik pangkat, wajah baharu dalam rombakan Kabinet Sarawak


Desmond Davidson

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg umum rombakan kecil Kabinet negeri dengan pelantikan menteri baharu dan penambahan jawatan. – Gambar The Malaysian Insight, 22 Ogos, 2019.

PARTI Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) melantik seorang menteri muda kepada menteri penuh, seorang menteri baharu dan Timbalan Ketua Menteri Douglas Uggah dilantik sebagai menteri kewangan kedua, dalam satu rombakan kecil Kabinet diumumkan Ketua Menteri Abang Johari Openg hari ini.

Unggal mengambil alih portfolio yang kosong susulan peletakan jawatan Wong Soon Koh kerana perbezaan politik.

Selain merancang semula beberapa kementerian untuk mencerminkan usaha kerajaan negeri ke arah ekonomi moden, tidak ada yang digugurkan daripada jawatan dalam rombakan itu.

Selain jawatan menteri kewangan, Unggal masih memegang jawatan menteri pertanian, tanah adat dan pembangunan wilayah.

Menteri muda pelancongan, seni budaya, belia dan sukan Lee Kim Shin dilantik sebagai menteri bagi Kementerian Pengangkutan yang baharu ditubuhkan.

Menteri mudanya ialah Dr Jerip Susil.

Muka baharu dalam Kabinet ialah Adun Piasau yang juga setiausaha agung SUPP Sebastian Ting yang dilantik sebagai menteri muda Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. – 22 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen