Zakir kembali ke Bukit Aman untuk siasatan


Kalidevi Mogan Kumarappa

Zakir Naik kembali untuk disiasat di ibu pejabat polis Bukit Aman buat kali ketiga, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 Ogos, 2019.

PENCERAMAH kontroversi Zakir Naik kembali untuk disiasat di ibu pejabat polis Bukit Aman buat kali ketiga, hari ini.

Siasatan pada kali ini tertumpu kepada aduan warga India itu ke atas lima individu termasuk Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran, kata peguamnya Akberdi Abdul Kader.

Jelasnya, laporan polis itu dibuat Zakir berhubung fitnah ke atasnya oleh lima individu itu berdasarkan kenyataan dalam ceramahnya pada 8 Ogos lalu di Kota Bharu.

Katanya empat lagi yang diadu kepada polis termasuk Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, Adun Bagan Dalam, M Satees, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy.

Seorang lagi yang diadu Zakir dalam laporan polisnya adalah bekas duta Malaysia, Dennis Ignatius.

“Selepas mengambil keterangan Zakir, polis akan memanggil lima individu itu pula,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.

Zakir yang ditemani Akberdin tiba pada jam 3.38 petang ini. – 22 Ogos, 2019.

Zakir Naik tiba di Bukit Aman bersama peguamnya, Akberdi Abdul Kader (kanan). – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen