Mengapa Sabah, Sarawak gagal lihat Malaysia secara menyeluruh


Desmond Davidson Jason Santos

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, berbicara mengenai 'Sabah untuk rakyat Sabah' dan 'Sarawak untuk rakyat Sarawak' adalah tidak baik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Ogos, 2019.

AKTIVIS hak autonomi bagi Sabah dan Sarawak mengatakan mereka tidak boleh diharap “berfikir mengenai Malaysia dalam gambaran lebih besar” seperti saranan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kerana layanan tidak adil dan saksama terhadap negeri mereka.

Hak untuk autonomi dalam pelbagai bidang di bawah syarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak dihormati sepenuhnya, dan menjadi punca utama mengapa penduduk Sarawak dan Sabah dilihat sebagai “parokial” (terbatas), kata aktivis hak pribumi Mark Bujang.

Ia menjelaskan slogan negeri yang semakin popular beberapa tahun kebelakangan ini seperti “Sarawak untuk rakyat Sarawak” dan “Sabah untuk rakyat Sabah”, katanya.

“Adakah kami diberi status yang sama (sebagai rakan kongsi ketika membentuk Malaysia) seperti dipersetujui dalam MA63? Sebagai contoh, bagaimana dengan hak kami terhadap petroleum, (untuk menentukan) pendidikan dan tenaga kerja?” katanya kepada The Malaysian Insight.

Bujang yang merupakan pengarah eksekutif organisasi bukan kerajaan Borneo Resources Institute, berkata kegagalan Putrajaya sejak bertahun lalu untuk menghormati MA63, dan bahkan menghakis beberapa hak tertentu, “mengaburi pandangan penduduk Sarawak mengenai gambaran besar itu”.

Bujang berkata demikian susulan seruan Dr Mahathir terhadap rakyat Malaysia baru-baru ini untuk berfikir mengenai Malaysia secara menyeluruh dan “bukannya menyempitkan pemikiran mereka kepada wilayah masing-masing”.

Perdana menteri ditanya mengenai kebimbangan kerajaan Sabah dan Sarawak yang mereka tidak dibawa berbincang mengenai beberapa dasar utama seperti semakan levi berlepas dan pengajaran kaligrafi khat kepada murid sekolah Tahun 4.

Pada sidang akhbar perdana menteri berkata, berbicara mengenai “Sabah untuk rakyat Sabah” dan “Sarawak untuk rakyat Sarawak” adalah “tidak baik”.

“Kita mungkin tinggal di Sabah atau Sarawak atau Semenanjung, tetapi kita rakyat Malaysia,” katanya dipetik sebagai berkata.

Tetapi Bujang berkata penduduk Sarawak tidak patut dipersalahkan kerana parokialisme mereka hanya kerana beberapa dasar baru-baru ini, tetapi mengenai isu lama seperti “Islamisasi” dan percubaan untuk menukar agama anak-anak penduduk asli di sekolah berasrama kepada Islam. – 22 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen