11 terbunuh dalam serangan udara di pasar Syria 


SEKURANG-kurangnya 11 maut termasuk dua kanak-kanak dalam serangan udara di sebuah pasar di barat laut Syria pada Ahad, kata pemerhati.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata serangan udara ke atas pasar di Idlib dalam wilayah Maaret al-Numan dilancarkan oleh tentera rejim.

Selain wilayah Idlib, termasuk Maaret al-Numan, dikawal oleh Hayat Tahrir al-Sham (HTS), sebuah kumpulan yang diketuai bekas sekutu Al-Qaeda.

Idlib merupakan salah satu zon de-eskelasi di bawah perjanjian yang dimeterai oleh Rusia, Turki dan Iran pada Mei lalu. 

Bagaimanapun HTS tidak terlibat dengan perjanjian berkenaan. 

Pengarah kumpulan pemerhati, Rami Abdel Rahman berkata, pesawat tentera menyasarkan pasar di Maaret al-Numan, dan pihaknya menyalahkan rejim berhubung serangan itu.

“Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh termasuk dua kanak-kanak,” katanya.

“Terdapat kira-kira 2 orang yang cedera dan jumlah mangsa mungkin meningkat.”

Kumpulan Pemerhati mengharapkan rangkaian sumber dalaman Syria dan berkata ia menentukan pesawat pihak mana yang melakukan serangan berdasarkan jenis, lokasi, corak penerbangan dan peluru yang digunakan. 

Kumpulan itu berkata, pada Jumaat dan Sabtu sekurang-kurangnya 13 orang awam terbunuh dalam serangan udara yang disyaki dilancarkan tentera rejim di Khan Sheikhun yang menjadi tapak serangan senjata kimia pada April. 

Walaupun Idlib dilaporkan dalam keadaan tenang sejak beberapa bulan lalu, rejim Syria dan pasukan Rusia sejak beberapa minggu lalu melancarkan serangan udara ke seluruh wilayah itu yang menyebabkan ramai orang awam terkorban. – AFP, 8 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen