Masing cadang perjanjian baharu ganti MA63


Desmond Davidson

Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing mencadangkan supaya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) digantikan dengan perjanjian baharu. – Gambar fail AFP, 19 Ogos, 2019.

TIMBALAN Ketua Menteri Sarawak James Masing mencadangkan supaya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) digantikan dengan perjanjian baharu.

Mengulas kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini bahawa Putrajaya, Sabah dan Sarawak telah menyelesaikan tujuh tuntutan di bawah MA63, Masing mempersoalkan sama ada tuntutan yang dipersetujui itu sebahagian daripada perjanjian berusia 56 tahun itu atau “perjanjian baharu bagi Malaysia”.

Masing tidak terlibat dalam Jawatankuasa Kabinet Khas untuk menyemak pelaksanaan MA63.

“MA63 adalah perjanjian yang dipersetujui. Dipersetujui dan ditandatangani oleh pihak dari Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah. Tiada kena mengena dengan Jawatankuasa Khas semak MA63 yang dipengerusikan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Beliau yang juga ahli antropologi berkata megikut pemahamannya, apabila Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia pada 1965, secara “sahnya menyebabkan empat pihak MA63 terbatal kerana tiada perjanjian tambahan antara Malaya, Sabah dan Sarawak ditandatangani selepas 1965 bagi mengesahkan penyatuan ketiga-tiga wilayah”.

Menurut Masing, beliau melihat rundingan dan persetujuan yang dicapai jawatankuasa itu sama seperti membuat perjanjian tambahan yang sepatutnya dibuat sebaik sahaja Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia pada 1965. – 19 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen