PRESIDEN Korea Utara Kim Jong-Un melantik adik perempuannya sebagai pemerintah kanan parti dan memuji program senjata nuklear negara itu, lapor media tempatan hari ini.
Kim Yo-Jong menjadi anggota pengganti politburo terkuat parti, iaitu badan pembuat keputusan yang dipengerusikan abangnya, kata agensi berita rasmi, KCNA.
Pelantikan itu diumumkan bersama puluhan pegawai tertinggi lain di mesyuarat parti yang diketuai Jong-Un.
Pengumuman dibuat pada saat rejim itu menghadapi tekanan global yang meningkat bagi mengekang program nuklearnya.
Kim Yo-Jong, berusia 20-an, dilihat sering menemani abangnya dalam banyak acara, diketahui terlibat dalam operasi propaganda parti.
Adik beradik itu adalah anak kepada bekas presiden Kim Jong-Il dan pasangannya, bekas penari Ko Yong-Hui. – AFP, 8 Oktober, 2017.
Komen